top of page

Tentang Projek

Koleksi audiovisual ini bukan sahaja bermanfaat untuk jangka pendek – tetapi bakal menjadi aset tetap untuk jangka masa panjang - sekaligus ia juga boleh digunapakai semula (seperti penerbitan dan penyuntingan semula) untuk tempoh masa yang panjang.

 

Ini bakal menjadikan projek ini memberikan impak jangka masa panjang – sekaligus ia juga bakal dikomersilkan bagi membolehkan penjanaan pendapatan bagi menjamin kelangsungan (sustainability) projek ini.

 

Sebagai sebuah projek pemula fasa pertama, usaha ini diharapkan dapat dilanjutkan ke lokasi-lokasi lain yang berpotensi pada masa akan datang – dalam usaha mengangkat tapak dan aset budaya dalam bentuk audiovisual bagi pelbagai tujuan.

 

Projek pendokumentasian ini akan memfokuskan kepada subjek rakaman yang pelbagai, meliputi (tidak terhad) kepada aspek-aspek berikut di Lembah Lenggong;

  1. Aset Budaya (Ketara & Tidak Ketara)

  2. Masyarakat & Komuniti Setempat (Sosial & Ekonomi)

 

Sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO yang juga Geopark Kebangsaan yang mempunyai nilai dansignifikan di peringkat global, Lembah Lenggong mempunyai kelebihan dan kekuatan yang wajar dimanfaatkan untuk membangunkan ekonomi budaya di kawasan ini secara lestari.

KRAF ORANG ASLI.jpg
logo motac.jpeg
WHMIC.jpg
LOGO KA.jpeg

©2022 by Kristal Azmir Sdn. Bhd.

bottom of page