
Orang Lenggong
Himpunan video-video tentang orang Lenggong di Lembah Lenggong.
Imam Masjid Jamek Lenggong
Masjid Jamek lenggong merupakan masjid utama di pekan Lenggong. Apa yang menariknya masjid ini ialah selain daripada aktiviti dan program yang dijalankan di masjid ini, imam utamanya merupakan seorang imam yang mewarisi peranan sebagai imam dari atuknya, ayah kandungnya, dan beliau merupakan generasi ketiga yang menjadi imam di masjid Lenggong ini. Pada awal penubuhan masjid ini pelbagai persatuan datang memberi bantuan kepada masjid ini termasuk persatuan daripada komuniti Cina di Lenggong. Bantuan seperti kerusi batu dapat dilihat sehingga sekarang masih terjaga rapi di masjid Lenggong ini.
YDP Majlis Daerah Lenggong
Mohd Amzari merupakan YDP Majlis Daerah Lenggong yang telah berkongsi tentang keunikan daerah Lenggong dan harapan masa hadapan daerah Lenggong. Pelbagai penambahbaikan infrastruktur yang telah dilakukan oleh majlis daerah untuk memberi keselesaan kepada penduduk dan juga pelancong yang datang ke Lenggong.
Mini Amazon
Mini Amazon merupakan gelaran yang diberikan oleh Roslan atau lebih dikenali abang Lan kepada laluan trip memancing di sekitar tasik Chenderoh, Sungai Perak dan Tasik Raban. Sebagai seorang pemandu bot di Tasik Cenderoh beliau amat memahami selok-belok laluan Tasik Chenderoh, Sungai Perak ke Tasik Raban. Kita juga dapat mengenali sejarah Tasik Chenderoh yang merupakan sebuah kampung sebelum pembinaan empangan.
Pemanjat Pokok Petai
Aktiviti memanjat pokok petai tidak ramai yang boleh melakukannya. Namun begitu Muhammad Ashraf merupakan salah seorang pemanjat pokok petai yang masih aktif di daerah Lenggong. Beliau menggunakan kaedah lama untuk memanjat pokok petai. Hasil pertanian dipungut biasanya akan dijual di kedai makan atau akan dibeli oleh pemborong.


